Thursday, 12 March 2015

TAHUN INI DALAM SEJARAH




13 Mac 2015 merupakan tarikh yang perlu diingati oleh warga PIBG SK Kemabong apabila melangkah setapak lagi ke hadapan dengan pelancaran logonya sendiri. Encik Ajius Yusuf @ Latiff Bin Yusuf amat gembira apabila mengetahui bahawa logo yang dipertandingkan beliau telah berjaya memenangi Hadiah Terbaik dan diangkat sebagai logo rasmi PIBG. 

Perasmian disempurnakan oleh YB Raimie Unggi, ahli parlimen P.181 Tenom pada mesyuarat agung PIBG SK Kemabong sesi 2015.


MAKSUD LOGO SK KEMABONG 


1940 - Tahun 1940 merupakan tahun kewujudan Sekolah Kebangsaan Kemabong yang menjadi titik permulaan pada lahirnya guru, polis, doktor, peguam dan pelbagai profesionalisme lain melalui sekolah ini
Perahu - Dahulu, perahu merupakan satu-satunya pengangkutan utama yang diharungi oleh ibu bapa, guru dan murid demi cita-cita mencipta masa depan yang lebih cerah. Kini, perahu merupakan simbolik sejarah guru, ibu bapa dan murid yang pernah melalui kesukaran untuk sampai ke sekolah.

Lilin yang hidup - PIBG merupakan suatu penyuluh yang cuba menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya ibu bapa menjadi guru yang terbaik kepada anak-anak mereka. Di samping itu, sebagai suatu persatuan, PIBG memainkan peranan penting untuk membantu sekolah dalam misi sekolah.

Gunung - Kesanggupan ahli-ahli PIBG demi membantu sekolah adalah setinggi dan seteguh gunung. Selain itu, gunung juga merupakan simbolik kestabilan ahli-ahli PIBG yang bermatlamatkan masa depan murid SK Kemabong.

Bentuk Bulatan - Kekuatan dan kesatuan komuniti PIBG SK Kemabong

Garis melintang - Pibg sebagai tiang asas kepada sekolah dan pendukung kepada motto PIBG pemangkin minda

Maksud Warna dalam logo

  hijau - keagungan bendera sekolah dan kedamaian

merah - keberanian, kecekapan dan kelakuan dalam segala usaha

   kuning - Cahaya lilin yang hidup dan bersinar

  biru -  keindahan dan kemakmuran

putih -   kesucian dan keharmonian