Saturday, 1 January 2022

PROJEK ATAP TAPAK PERHIMPUNAN Part 3

Fasa 7: FASA PEMASANGAN KERANGKA ATAP (14/12/2021)

Kini tibalah masa untuk fasa terakhir projek Atap SK Kemabong. 

Pada 14/12/2021  bahan binaan dihantar ke SK Kemabong.  kerja-kerja memasang atap dilaksanakan pada 22/12/2021. 



Penghantaran bahan binaan ini diterima oleh PK Kokurikulum, Puan Ringsinda Paras.



Kerja-kerja pemasangan dilakukan pada 22/12/2021








Fasa 8: KEMASAN (29/12/2021)

Kini, hanya tinggal Kekemasan lagi dibuat bagi mencantikkan keseluruhan projek di samping melihat isu-isu keselamatan pada murid.


Kesemua tiang diberi kemasan bata

Lawatan YB Noorita Sual pada 29/12/2021, untuk melihat kerja-kerja pemasangan atap dewan terbuka dan pendawaian kelas kabin.



Wajah terkini dewan terbuka SK Kemabong


Projek dicadangkan oleh Pengerusi PIBG, YDP James Liaron. Disokong oleh kesemua AJK PIBG 2019 dalam mesyuarat kedua AJK Tertinggi PIBG pada tahun 2019 mengambil masa 3 tahun untuk siap sepenuhnya. Pelbagai cabaran dalam mencari dana ditempuhi dan sesungguhnya sikap berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau, telah membuahkan hasil.

Keprihatinan ibu bapa dalam memastikan kebajikan anak-anak menjadi tonggak utama dalam projek ini. Terima kasih kepada penderma-penderma yang menyumbang tenaga dan wang ringgit sehingga projek ini mampu siap sepenuhnya. 


SEKALUNG PENGHARGAAN PADA:-

YB PUAN NOORITA SUAL

SENATOR DOUGLAS LIND 

GB ENCIK MARIAS AMBUN 

GB MOHD AZLAN BIN MOHD ARFAN SALIM

YDP JAMES LIARON 

ENCIK KANIL KALANIE 

SEMUA AJK PIBG 2019/2020/2021

     PUAN ALOYSIA KOROM

     PUAN SUSANTIH BUING

     ENCIK ANSAIN RAMBUS

     ENCIK ANTURUN SAPUH

     ENCIK ADU'US ONDURAN

     ENCIK MOHD HAFIZ BIN KIANDIS

     ENCIK MAXIMUS GAYAH

     PUAN MARY SIPAJI

     PUAN RUBIAN RADIAS @ SUZAN

     PUAN RAZINA BALUA

TEAM IBU BAPA SUGIANG 

SEMUA IBU BAPA SK KEMABONG

SEMUA GURU SK KEMABONG

SEMUA INDIVIDU YANG PRIHATIN 



Tuesday, 10 November 2020

PROJEK ATAP TAPAK PERHIMPUNAN Part 2

 

Fasa 5: MENYAMBUNG KERANGKA BESI KE TIANG (2 November 2020)

Projek Atap Tapak Perhimpunan telah memasuki fasa 5. Setelah tertangguh kerana pandemik Covid 19 dan kos yang kurang. Kini projek ini disambung semula. Projek ini telah diambil alih oleh pekerja mahir yang juga ibu bapa murid-murid SK Kemabong.  













Fasa 6: MEMASANG KERANGKA ATAP (10 November 2020)



Kerja memasang kerangka atap merupakan kerja terakhir bagi tahun 2020. Semoga tahun 2021, harapan memberi teduh kepada murid-murid SK Kemabong akan terlaksana. PIBG masih mengharapkan sumbangan untuk tujuan ini. 


PROJEK BERSAMBUNG LAGI... 




Thursday, 14 November 2019

PROJEK ATAP TAPAK PERHIMPUNAN

PIBG SK KEMABONG menyedari tentang pentingnya suatu tempat lapang yang berbumbung untuk aktiviti murid. Malah, setiap sekolah seharusnya mempunyai kawasan berbumbung yang luas seperti dewan terbuka untuk melaksanakan aktiviti luar kelas. Justeru itu, Projek Atap merupakan penyelesaian awal untuk murid-murid SK Kemabong. Projek ini dibincangkan dalam Mesyuarat Kedua AJK Tertinggi PIBG sesi 2019.




Keadaan Murid yang berpanas setiap kali program dilaksanakan


Ketika hujan lebat, aktiviti di tangguhkan.



Keadaan TANPA ATAP amat menyukarkan guru dan murid untuk melaksanakan aktiviti dalam keadaan yang selesa. 




FASA 1: SUKAT KELUASAN TAPAK PERHIMPUNAN

Lakaran asal Projek Atap oleh YDP PIBG Encik James Liaron @ Liarun
Tiga AJK Tertinggi PIBG 2019 memulakan projek menyukat tapak perhimpunan.

YDP PIBG JAMES LIARON @ LIARUN
AJK PIBG KANIL KALANIE

AJK PIBG ANSAIN RAMBUS

langkah-langkah keselamatan yang diambil
FASA 1 SELESAI

FASA 2: TANAM TIANG 
28 September 2019, kerja tanam tiang dimulakan.

AJK TERTINGGI PIBG ANTURUN SAPUH







FASA 2 SELESAI


FASA 3: PEMINDAHAN TIANG ELEKTRIK
5 OKTOBER 2019, kerja-kerja pemindahan tiang elektrik. Kerja ini dilakukan oleh kontrak profesional kerana melibatkan kuasa elektrik.





FASA 3 SELESAI. 

FASA 4: PEMASANGAN KERANGKA ATAP
11 OKTOBER 2019, kerja-kerja memotong besi dilakukan oleh sukarelawan dari Kg. Sugiang. 


antara sukarelawan yang hadir untuk memotong besi








KERJA-KERJA LAIN AKAN BERSAMBUNG PADA TAHUN 2020 kerana kos perbelanjaan yang belum mencukupi untuk membeli atap. 

SEMOGA PROJEK INI AKAN BERLANGSUNG DENGAN KEJAYAAN

bersambung.... 














Tuesday, 28 April 2015

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBINA PONDOK REHAT MURID

Sabtu, 25 April 2015,
7.00 pagi - 1.00 tengahari


sebelum


        
Waktu rehat merupakan waktu yang membolehkan murid duduk santai dan mengisi perut. Namun, pondok rehat sedia ada, tidak dapat menampung jumlah murid yang ramai. Maka, murid-murid memilih untuk duduk dan makan di tempat yang tidak sesuai. 

     Keadaan ini amat menyedihkan pihak sekolah, lalu, PIBG di maklumkan melalui mesyuarat pertama sesi 2015. PIBG bertindak memanggil semua ahli untuk berkerjasama dalam satu gotong-royong fasa 2. (Fasa 1 - gotong-royong membongkar bangunan lama). 

        


kayu-kayu lama yang disusun semasa gotong-royong fasa 1

Dengan berbekalkan kayu-kayu lama hasil gotong-royong fasa 1, PIBG telah berkerjasama dengan pihak sekolah untuk membina pondok rehat murid. seramai 43 orang ibu bapa dan guru turun untuk menyiapkan pondok rehat itu. Jam 7 pagi, para bapa telah datang membawa peralatan masing-masing. 

        Gotong-royong ini mengambil masa 6 jam untuk disiapkan dan para bapa dengan letihnya masih mampu untuk berjenaka sesama mereka.


Thursday, 12 March 2015

TAHUN INI DALAM SEJARAH




13 Mac 2015 merupakan tarikh yang perlu diingati oleh warga PIBG SK Kemabong apabila melangkah setapak lagi ke hadapan dengan pelancaran logonya sendiri. Encik Ajius Yusuf @ Latiff Bin Yusuf amat gembira apabila mengetahui bahawa logo yang dipertandingkan beliau telah berjaya memenangi Hadiah Terbaik dan diangkat sebagai logo rasmi PIBG. 

Perasmian disempurnakan oleh YB Raimie Unggi, ahli parlimen P.181 Tenom pada mesyuarat agung PIBG SK Kemabong sesi 2015.


MAKSUD LOGO SK KEMABONG 


1940 - Tahun 1940 merupakan tahun kewujudan Sekolah Kebangsaan Kemabong yang menjadi titik permulaan pada lahirnya guru, polis, doktor, peguam dan pelbagai profesionalisme lain melalui sekolah ini
Perahu - Dahulu, perahu merupakan satu-satunya pengangkutan utama yang diharungi oleh ibu bapa, guru dan murid demi cita-cita mencipta masa depan yang lebih cerah. Kini, perahu merupakan simbolik sejarah guru, ibu bapa dan murid yang pernah melalui kesukaran untuk sampai ke sekolah.

Lilin yang hidup - PIBG merupakan suatu penyuluh yang cuba menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya ibu bapa menjadi guru yang terbaik kepada anak-anak mereka. Di samping itu, sebagai suatu persatuan, PIBG memainkan peranan penting untuk membantu sekolah dalam misi sekolah.

Gunung - Kesanggupan ahli-ahli PIBG demi membantu sekolah adalah setinggi dan seteguh gunung. Selain itu, gunung juga merupakan simbolik kestabilan ahli-ahli PIBG yang bermatlamatkan masa depan murid SK Kemabong.

Bentuk Bulatan - Kekuatan dan kesatuan komuniti PIBG SK Kemabong

Garis melintang - Pibg sebagai tiang asas kepada sekolah dan pendukung kepada motto PIBG pemangkin minda

Maksud Warna dalam logo

  hijau - keagungan bendera sekolah dan kedamaian

merah - keberanian, kecekapan dan kelakuan dalam segala usaha

   kuning - Cahaya lilin yang hidup dan bersinar

  biru -  keindahan dan kemakmuran

putih -   kesucian dan keharmonian 



Friday, 15 August 2014

AKTIVITI TAHUN 2014


Gotong-royong Membongkar bangunan lama 
Sabtu, 16 Ogos 2014
7.30 pagi - 12.00 tengahari


ccya@copyright